
PENGENALAN
Manis Homespa adalah sebuah perniagaan yang menawarkan perkhidmatan urutan tradisional, rawatan muka, pakej pengantin dan sebagainya. Pengasas di perniagaan Manis Homespa adalah Puan Manisah binti Johari. Perniagaan ini telah beroperasi selama 10 tahun dalam bidang kecantikan. Terdapat dua cawangan yang ditubuhkan iaitu di Manis Homespa Serkam dan Manis Homespa Semabok. Kedua-dua cawangan tersebut beroperasi di kawasan Melaka.
Spa kecantikan mempunyai pelbagai kebaikan yang sangat baik untuk luaran dan tidak dilupakan juga dalaman wanita. Kebiasaannya, spa menawarkan gabungan beberapa kaedah perawatan termasuk terapi gelombang air (hydrotherapy) seperti mandian susu, terapi panas (thermotherapy) seperti bersauna, terapi urutan, refleksologi, terapi ramuan tumbuhan atau jamu dan sebagainya. Ianya bergantung kepada keperluan tubuh badan setiap individu dan semua kaedah rawatan spa yang dilakukan ini memberikan impak yang positif kepada pelanggan.
Selain itu, spa juga mampu menyembuhkan penyakit dalaman dan menyegarkan tubuh badan setiap individu. Bagi kaedah urutan stress pula sangat digalakkan kepada wanita agar dapat mengurangkan ketegangan dan menenangkan fikiran. Kesihatan badan amat dititikberatkan supaya ia tidak membawa kesan yang negatif pada masa hadapan kelak. Bukan itu sahaja, kecantikan juga amat lah penting terutamanya pada para wanita yang memerlukan perkhidmatan rawatan muka.
Manis Homespa menawarkan perkhidmatan tersebut yang memberikan kepuasan hati para pelanggan. Kami telah menerima banyak maklum balas yang positif dan juga mempunyai pelanggan yang kekal setia mengulangi perkhidmatan daripada kami. Malah, kami menawarkan pelbagai pakej-pakej dengan harga mampu milik khas untuk para pelanggan kami. Manis Homespa sentiasa mengalu-alukan para pelanggan kami yang berminat dalam bidang kecantikan dan kami juga sedia menerima tempahan daripada pelanggan kami yang setia menggunakan perkhidmatan daripada kami.
WAKTU OPERASI
Setiap hari
10:00 a.m - 6:00 p.m